Bila bercakap tentang obesiti, kita tidak terlepas daripada mengaitkannya dengan susuk tubuh manusia yang bertubuh gempal dan besar.
Maksud obesiti di sini adalah keadaan di mana seseorang memiliki lebihan lemak di dalam badan sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.
Hakikatnya, obesiti atau gemuk berlebihan ini bukanlah keadaan yang kita dapat elakkan. Ianya berlaku kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit malahan kanak-kanak juga mengalaminya. Laporan terkini menunjukkan bahawa obesiti adalah salah satu penyakit yang meragut hampir 600 juta nyawa di seluruh dunia.
Situasi tentang obesiti di Malaysia pula agak menakutkan dan membimbangkan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 8.5 juta rakyat Malaysia memiliki berat badan berlebihan manakala lebih kurang 4 juta orang pula mengalami masalah berat badan melampau atau obes.
Obesiti adalah salah satu penyakit yang teruk dan berbahaya pada zaman moden. Ia memerlukan rawatan yang panjang dan kompleks, dan elemen utama iaitu diet.
Tanpa pembatasan dan normalisasi pemakanan, ubat, pembedahan, atau terapi latihan tidak akan membantu. Oleh itu, langkah pertama di jalan untuk pemulihan adalah semakan lengkap produk makanan dan penyediaan menu yang dikemaskini sesuai dengan keperluan doktor dan ahli nutrisi.
Penyelidikan baru memberi amaran bahawa normalisasi bentuk tubuh ‘plus-saiz’ mungkin membawa kepada peningkatan bilangan orang yang meremehkan berat badan mereka-usaha untuk mengatasi masalah obesiti yang semakin meningkat.
Walaupun usaha untuk mengurangkan stigmatisasi saiz badan yang lebih besar-contohnya dengan pelancaran jajaran pakaian bersaiz plus-membantu menggalakkan positif tubuh, kajian itu menyoroti kesan negatif yang tidak disengajakan yang boleh menghalang pengiktirafan risiko kesihatan yang berlebihan berat badan.
Perubatan moden menganggap obesiti sebagai penyakit kronik multifactorial yang memerlukan pendekatan perubatan yang serius apabila diperbetulkan.
Di dunia hari ini, 20-25% daripada populasi menderita obesiti, dan semakin maju dari segi ekonomi negara, semakin tinggi angka ini. Seiring dengan masalah estetika yang berkaitan dengan obesiti dan yang timbul terutamanya pada wanita, obesiti adalah salah satu penyebab utama ketidakupayaan awal dan mortaliti pesakit usia kerja.
Kejadian obesiti adalah disebabkan oleh faktor umur, seksual, pekerjaan, serta keadaan fisiologi badan – kehamilan, menopaus. Terlepas dari etiologi obesiti, terdapat gangguan hipotalamik yang bervariasi keterukan. Kekerapan obesiti pada wanita dalam tempoh 20 tahun yang lalu telah meningkat dua kali ganda.
Ketahui punca obesiti yang sering menjadi punca
Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada zaman sekarang. Salah satunya adalah pengambilan makanan berlebihan terutama makanan manis.
Makanan yang tinggi kandungan gula dan berkarbohidrat akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin di dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak insulin akan dirembeskan untuk menstabilkan paras gula.
Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa pelbagai penyakit.
Makan banyak, senaman tidak diendahkan, terjadinya lemak berlebihan
Obesiti ada kaitan dengan nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan iaitu kalori. Seorang lelaki yang aktif memerlukan sekurang-kurang 2500 kalori setiap hari untuk kekal sihat dan cergas manakala seorang wanita memerlukan 2000 kalori setiap hari.
Nilai kalori ini boleh mempengaruhi berat badan seseorang. Jika anda mahu menurunkan berat badan, kurangkan kalori makanan dan bersenam untuk membakar kalori. Sekiranya mahu tambah berat badan, tambahkan kalori makanan dan buat senaman berat.
Tetapi masalah berlaku apabila kebanyakan orang gemar makan berlebihan dan jarang melakukan senaman. Tabiat ini akan menyebabkan badan cepat naik dan boleh menjadi obesiti sekiranya tidak dibendung.
Orang yang ada berat berlebihan ini memang suka makan walaupun perut tidak lapar. Mereka juga pasif dan sanggup duduk berjam-jam tanpa melakukan kerja-kerja berat. Akhirnya, kalori di dalam makanan yang tidak digunakan ditukarkan kepada lemak dan disimpan di bahagian-bahagian badan seperti perut, pinggang dan lengan.
Bagaimana hendak atasi obesiti?
Obesiti dapat diatasi menerusi rawatan dan juga intervensi kepada pesakit.
Menurut pakar, pesakit obesiti dapat mengurangkan berat badan dengan melakukan aktiviti senaman, menukar menu makanan daripada kurang sihat kepada sihat dan memperbaiki tingkah laku terhadap makanan. Sebahagian pesakit perlu mengambil ubat-ubatan manakala ada juga yang perlu menjalani surgeri.
Ubah Diet Untuk Lawan Obesiti – Doktor menyarankan pesakit obesiti untuk mengurangkan jumlah kalori makanan harian dan melebihkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
Antara buah buahan yang dapat membantu dalam mengawal obesiti adalah buah delima dan buah teen. Disamping itu, gunakan minyak zaitun dalam penyediaan makanan harian.
Walaupun diet makanan telah berubah, namun pesakit perlu mempelbagaikan makanan untuk mengelakkan kebosanan. Pengambilan gula, karbohidrat dan lemak tak sihat perlu dikurangkan dengan segera.
Pesakit yang kurang bermotivasi untuk mengubah diet perlu mendapatkan khidmat doktor, pakar pemakanan atau menjalani program kurus badan yang diperakui.
Ini kerana kaedah diet tanpa pengawalan dan ikut suka-suka akan menyebabkan beberapa masalah lain seperti:
- Pesakit akan membahayakan kesihatan mereka
- Pesakit mungkin akan mengalami kemerosotan vitamin di dalam badan
- Pesakit mungkin akan berhenti buat diet sekiranya berat badan masih belum turun
Oleh itu, mereka yang sememangnya obes atau memiliki berat badan yang melampau perlu mendapatkan rawatan daripada pakar.
Normalisasi senaman harian atau pergerakan secukupnya
Formula untuk mengurangkan berat badan adalah mudah; lebih banyak anda bergerak, lebih banyak kalori dibakar dan lebih cepat untuk kurus. Untuk menghilangkan 1 kilogram lemak, anda perlu membakar 7,700 kalori dengan bersenam. Untuk permulaan, orang yang obes boleh berjalan perlahan-lahan untuk meningkatkan aktiviti fizikal harian. Gabungkan aktiviti fizikal dengan diet yang betul akan meningkatkan peluang untuk kurus secara berkesan.
Cuba lakukan apa-apa aktiviti yang boleh membuatkan anda bergerak. Sekiranya anda kerap menaiki lif ke tempat kerja, apa kata cuba menaiki tangga untuk sampai ke pejabat. Parkir kereta jauh sedikit supaya anda boleh kerap berjalan.
Jika anda pergi ke kedai dan jaraknya adalah dekat, cuba berjalan kaki dan tinggalkan kereta di rumah. Biasakan diri untuk bergerak lebih banyak supaya lebih banyak kalori dapat dibakar.
Pesakit obes yang kritikal, tidak cergas dan ada masalah kesihatan perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa kegiatan fizikal.
Pada masa ini, terdapat lebih daripada 30,000 diet di dunia. Bagi mereka yang hendak berkongsi tips dan langkah untuk diet perlulah bersiap-sedia dan berpengetahuan yang cukup untuk menjawab segala persoalan dari pelbagai pihak.
Akhir kata, hentikan normalisasi obesiti dan teruskan berjuang untuk dapatkan berat badan yang sihat, ideal dan selamat. Anda memerlukan tubuh badan anda untuk jangka masa yang lama. Jangan jadikan keputusan yang silap pada hari ini perosak kepada masa hadapan anda.
JOM FOLLOW @percemedia untuk lebih banyak content menarik . .
#lawakhambar #viral #mudahterhibur #autongakak #videolawak #viralmalaysia #perce #hiburan #artismalaysia #selebriti #twitter #game #epicgames #freegames #gtav #covid #fungames