Pada suatu era dahulu, jika ditanya oleh guru sekolah atau sesiapa sahaja “Apakah cita-cita kamu?” pasti jawapan yang akan diterima adalah seperti “Doktor!” “Cikgu!” “Polis!” “Bomba!” “Lawyer!”. Namun, pada masa kini, jawapan yang sering diterima apabila soalan tersebut diajukan adalah menjadi “Youtuber!” atau “InstaFamous!”. Penggunaan platform media sosial sudah bukan sahaja dijadikan hobi pada masa kini malah telah dianggap sebagai suatu kerjaya di mata masyarakat dunia.
Dengan keadaan negara kita yang semakin kritikal pada saat-saat pandemik yang melanda dan teknologi yang semakin berkembang luas, pelbagai perkara yang menjadi titik permulaan untuk mendapatkan keselesaan untuk diri dan keluarga.
Ini adalah termasuk didikan yang diberikan kepada anak-anak muda masa kini. Hampir setiap keluarga mempunyai telefon pintar dan dalam setiap keluarga pastinya mempunyai akses ke akaun-akaun media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan sebagainya. Bahkan pula pada masa kini, pembelajaran secara atas talian adalah norma baharu di kalangan pelajar oleh kerana wabak Covid-19. Ini menjadikan mereka lebih banyak meluangkan masa secara atas talian berbanding interaksi fizikal. Pengaruh media sosial masa kini adalah sangat luas dan kuat di kalangan seluruh populasi manusia di dunia ini.
Majalah Forbes akhir tahun lalu menyenaraikan personaliti YouTube atau YouTuber dengan pendapatan tertinggi.
Menepati ramalan, Ryan Kaji, kanak-kanak yang hanya berusia lapan tahun dari Amerika Syarikat di sebalik saluran Ryan’s World di tangga pertama. Ia meraih pendapatan AS$26 juta (kira-kira RM108 juta) pada tahun lalu.
Bagi kebanyakan orang, amat murah untuk saluran ini membuat duit. Kaji hanya perlu melakukan unboxing (membuka kotak) dan mencuba alat permainan untuk kanak-kanak. Bintang YouTube ini kali pertama tampil menerusi saluran pertamanya Ryan ToysReview pada 2015. Kini, ia berkembang kepada kandungan video pendidikan termasuk eksperimen sains untuk kanak-kanak.
Kaji yang kini tinggal di Texas, Amerika Syarikat mempunyai hampir 23 juta pengikut di platform YouTube. Keluarganya kemudian memanfaatkan populariti jenama saluran berkenaan untuk tampil dengan jenama pakaian dan alat permainan. Bukan itu saja, jenama ini bekerjasama dengan perkhidmatan streaming Hulu.
Di tangga kedua adalah Dude Perfect. Baru saja berusia hampir sedekad, ia menunjukkan video lima sekawan berusia 30-an yang cuba membuat pelbagai aksi bagi memecahkan rekod Guinness World Records. Ia memberi mereka pendapatan kira-kira AS$20 juta (RM83 juta).
Saluran ketiga dengan pendapatan tertinggi adalah pendatang baharu memaparkan Anastasia Radzinskaya, 5. Ia popular selepas ibu bapanya memuat naik video mengenai interaksi dan rawatan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy itu. Ia sudah meraih 107 juta pengikut menerusi tujuh saluran YouTube dan diterjemah ke pelbagai bahasa.
Tiga contoh ini sahaja sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk menjadi YouTuber. Apa tidaknya, ia tidak memerlukan modal yang besar. Sesiapa saja dengan telefon bimbit dan akses Internet sudah mampu memuat naik video ke Internet.
Oleh sebab itu, ramai anak muda yang telah keliru akan pelan masa hadapan mereka. Kenapa? Ini adalah kerana mereka lebih terdedah dengan konten-konten di media sosial yang menjadi tatapan harian mereka. Ditunjukkan pula dengan kejayaan demi kejayaan, gaya hidup golongan yang mewah di media sosial, menjadikan anak-anak muda ini mudah terpengaruh dengan corak pemikiran itu.
Bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan, terlalu ramai remaja yang ingin mengikut jejak langkah idola mereka seperti menjadi InstaFamous dan Youtuber. Jumlah InstaFamous yang ada dan juga mereka yang baru berjinak untuk menjadi InstaFamous sebenarnya memberi pengaruh yang lebih kuat untuk orang-orang lain yang melihat. Mereka berasakan jika menjadi InstaFamous ini, dengan lebih ramai follower atau peminat, boleh menjana pendapatan yang lumayan. Oleh itu, ramai anak muda yang mengambil ringan atau semakin leka dan tidak mengambil serius akan pembelajaran kerana mereka telah diyakinkan untuk mengejar kerjaya InstaFamous atau Youtuber di masa hadapan.
Tidak dinafikan, apabila mereka bersemangat untuk menjadikan InstaFamous atau Youtuber sebagai kerjaya, anak-anak ini menjadi lebih kreatif dan mempunyai pelbagai idea untuk membuat konten yang menarik dengan harapan menjadi ‘viral’. Namun, mereka menjadi taksub dengan idea-idea berikut sehingga ada yang mengeluarkan konten yang tidak bermoral, tidak bertanggungjawab atau tanpa kajian yang betul. Sebagai contoh, ada InstaFamous bawah umur yang mengeluarkan review produk berunsur 18SX. Konten tersebut amat tidak disenangi malah menimbulkan perasaan risau di dalam diri orang lain apabila konten tersebut dipublish tanpa memikirkan akibatnya kelak.
Ramai juga yang cuba untuk menjadi InstaFamous atau Youtuber ini tanpa garis panduan atau tanpa bimbingan yang betul. Ini menjadikan mereka mudah lost atau gagal dalam cubaan mereka untuk menjadikan dua benda ini sebagai kerjaya mereka. Mereka mula menyoalkan tentang idola mereka yang mereka lihat amat mudah untuk meraih populariti dan followers, views dan like dengan hanya mengeluarkan konten yang mudah.
Walaupun minat untuk menjadikan InstaFamous atau Youtuber ini sebagai kerjaya, jangan sesekali berhenti meraih ilmu kerana keperluan menuntut ilmu membolehkan fikiran mereka berkembang dan menjadi lebih matang. Kepemimpinan, pergaulan sosial dan komunikasi adalah bidang yang hanya boleh diperoleh menerusi pendidikan di sekolah.
Ilmu juga membolehkan Instafamous menghadapi cabaran dalam media sosial. Mereka bukan bercakap kosong tetapi ada isi yang diperoleh menerusi ilmu dan kematangan fikiran. Bayangkan jika setiap hari bercakap perkara yang sama lama-kelamaan pengikut mereka akan jemu. Tambahan pula apabila kehadiran selebriti Instafamous yang lebih bijak dan cantik. Lama-kelamaan pengikut akan lari. Inilah cabaran yang perlu mereka tangani.
Peranan ibu bapa juga sangat penting bagi mendidik anak agar mereka tahu hala tuju dalam kehidupan. Dalam apa juga dilakukan bukan keuntungan atau wang ringgit yang perlu dikejar tetapi juga mula memikirkan nilai kepada masyarakat terutama yang mempunyai ramai pengikut.
Selain kewangan, mungkin Instafamous boleh memikirkan apakah tambah nilai yang boleh diberikan kepada pembaca. Inilah yang akan memanjangkan kerjaya dan juga perniagaan mereka.
JOM FOLLOW @percemedia untuk lebih banyak content menarik . .
#lawakhambar #viral #mudahterhibur #autongakak #videolawak #viralmalaysia #perce #hiburan #artismalaysia #selebriti #twitter #game #epicgames #freegames #gtav #covid #fungames