Skip to main content

Berat badan sering menjadi isu terutamanya di kalangan para wanita. Mengamalkan diet adalah satu perkara biasa bagi wanita. Bahkan ianya tidak boleh dijauhkan sama sekali. Namun, melakukan aktiviti diat adalah tidak semudah mana yang anda fikirkan. Menginginkan bentuk badan yang ideal dengan mengamalkan diet tidak akan membuahkan hasil sekiranya anda malas melakukan senaman.

Apa yang paling penting adalah lakukan dengan usaha bukannya angan-angan semata-mata. Diet sendiri memang disarankan. Ini kerana, anda boleh mengatur dan menyekat makanan yang baik untuk tubuh badan dan pastinya berat badan anda terjaga. Tahukah anda, kebanyakkan diet diamalkan dengan cara yang salah dan iaya kerap kali dilakukan tanpa sedar.

Bagi wanita, mereka hanya mementingkan tujuan utama supaya tubuh badan menjadi langsing dan cantik tanpa sedikitpun memikirkan tentang kesihatan. Tidak hairanlah pola diet yang dilakukan kesan akhirnya pun salah. Berikut merupakan beberapa tanda-tanda yang boleh anda hadapi jika pola diet dilakukan dengan cara yang salah.

Apakah antara tanda-tanda cara yang salah dan silap ketika berdiet?

Berasa lapar

Semasa anda melakukan proses diet, namun anda sering terasa lapar walaupun sesudah makan. Itu menandakan, cara diet yang anda amalkan terdapat kesalahan. Kesan ini akan muncul apabila anda makan secara berlebihan dan perkara tersebut terjadi sangat kerap.

Bagi mengatasinya, anda disarankan makan makanan dalam kuantiti yang sedikit namun kerap. Amalkan makan makanan yang penuh dengan kandungan nutrisi yang disyorkan. Bukannya makan makanan ringan yang banyak mengandungi garam dan juga lemak.

Mood swing

Selalunya mood akan berubah-ubah kerana disebabkan oleh banyak perkara. Salah satu penyebabnya adalah dari segi proses diet yang salah. Diet yang dilakukan dengan cara yang salah juga boleh menyebabkan perasaan menjadi tidak menentu. Ini kerana kekurangan vitamin, mineral sehinggalah omega 3 yang boleh menjadikan masalah kemurungan yang membuat anda mudah marah taupun masalah mental yang lain. Sebaiknya anda berubah dari sekarang.

Lemah dan lesu

Mengamalkan proses diet yang baik akan menjadikan tubuh badan anda menjadi lebih bertenaga dan sihat. Namun bila terjadi yang sebaliknya, anda akan kurang bertenaga oleh kerana kekurangan zat besi yang berfungsi sebagai meningkatkan lagi tenaga.

Sakit-sakit badan

Setiap apa yang anda makan, ia kan memberi kesan terhadap tubuh badan anda. Sekiranya pola makanan yang anda amalkan adalah tidak betul, ia akan menyebabkan tubuh badan menjadi lesu dan tersa sakit. Contohnya seperti pening kepala, munyah dan badan terasa sejuk dan panas.

Ini disebabkan cara diet yang anda lakukan adalah tidak betul. Sebaiknya anda tukar dan mengatur pola pemakanan anda semula dan bukannya membataskan apa yang harus anda makan.

Masalah penghadaman

Jika anda mengamalkan cara diet yang salah, kemungkinan besar anda akan mengalami masalah penghadaman dan ia akan menyebabkan anda menjadi sukar membuang air besar. Perkara tersebut berlaku adalah disebabkan tubuh badan anda kekurangan serat. Bagi mengelakkan masalah tersebut, anda boleh memperbanyakkan makan sayur-sayuran ataupun buah-buahan bagi melancarkan penghadaman anda.

Berat badan tidak menentu

Mungkin dengan mengamalkan proses diet, berat badan anda sudah mula berkurangan. Namun jangan gembira dahulu, jika mengamalkan pola diet yang betul, berat badan akan mula menurun secara bertahap. Jika berat badan mula turun secara mendadak, itu menandakan berat badan anda akan mula naik dengan lebih tinggi dari biasa.

Jangan terlalu obses dalam mengurangkan berat badan. Melakukan proses diet yang betul akan memberikan manfaat yang baik juga buat tubuh badan anda bukannya sebaliknya. Mengamalkan cara hidup yang sihat juga menjamin kesihatan tubuh badan. Jangan sesekali melakukannya hanya untuk kelihatan cantik semata-mata. Sebaiknya lakukannya untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik juga.

Mitos tentang diet

Kita mungkin pernah dimomokkan dengan banyak mitos berkenaan penurunan berat badan. Contohnya, jangan ambil sarapan jika mahu turunkan berat badan ialah antara ‘nasihat’ paling popular tatkala kita dalam usaha menguruskan badan.

Ramai antara kita sebenarnya salah tafsir dengan menganggap jika mitos itu dilakukan, ia dapat mengurangkan berat badan.

Antara mitos lain yang diamalkan adalah cuma makan tiga hidangan sehari. Sebenarnya, jumlah hidangan seperti ini tidak cukup untuk kita mengawal nafsu makan, malah kurang membantu meningkatkan metabolisma badan demi aktiviti harian.

Ramai antara kita mengelak daripada mengambil nasi supaya badan kekal ramping. Sebenarnya, nasi ialah sumber karbohidrat yang baik dan memang benar ia boleh menyebabkan kegemukan, tetapi hanya jika kita mengambilnya dalam kuantiti berlebihan.

Keadaan yang sama juga akan berlaku jika kita mengambil oat, buah-buahan atau roti terlalu banyak. Amalkan pengambilan nasi tidak lebih daripada ukuran segenggam tangan anda untuk satu hidangan.

Pakar Pemakanan UiTM Private Specialist Centre, Nadhirah Mohd Khir berkata, dengan memastikan keseluruhan diet anda betul dan menerusi cara tepat, kehidupan cerdas serta cergas mampu dimiliki.

Katanya, diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi diet itu sendiri adalah amalan pemakanan, oleh itu pastikan anda amalkannya setiap masa, setiap hari. Beliau mengupas beberapa mitos mengenai diet yang sering disalah erti.

Pelbagai cara dilakukan untuk menurunkan berat badan sekaligus menjaga diet pemakanan. Tapi, ada yang work hard dan bukan work smart. Berat badan masih di tahap lama dan energi semakin kurang. Mengapa?

Ramai yang ambil langkah skip sarapan pagi atau makan terlalu sedikit. Sebenarnya anda mendorong tubuh untuk lapar sebelum waktu dan menggalakkan otak memberi signal anda perlu makan dengan lebih banyak, mengambil snek secara berlebihan dan kurang bertenaga. Ini boleh merosakkan hari anda!

MITOS DIET YANG SERING DISALAH ANGGAP

Makan malam penyebab gemuk

Sistem pencernaan mengambil masa enam ke lapan jam untuk satu proses pencernaan yang lengkap melepasi usus besar. Tempoh masa untuk makanan dicernakan melepasi perut adalah selama empat jam. Oleh itu, disarankan untuk makan malam dua ke tiga jam sebelum tidur kerana:

Ketika tidur, badan akan mengalami Kadar Metabolisma sewaktu Rehat (RMR) yang mana pada saat itu, badan hanya akan menggunakan tenaga sangat minima untuk pernafasan, kitaran darah dan degupan jantung serta aktiviti otak yang sangat minima.

Apa akan jadi sekiranya seseorang itu makan dengan kuantiti yang banyak (lebih 300kcal) kurang daripada empat jam sebelum tidur? Tenaga minimum yang sepatutnya digunakan ketika badan rehat akan digunakan untuk mencerna makanan dan ini mungkin menjadi punca kegemukan.

Sekiranya sudah makan malam pada jam 7 malam dan waktu kebiasaan tidur 11 malam, disarankan makan makanan yang ‘ringan dan sihat’ seperti satu atau dua keping roti atau empat hingga lima keping biskut hanya untuk tidak membiarkan perut kosong, bukannya burger, mee goreng dan makanan berat yang tinggi lemak serta tinggi kalori lain.

Makanan rendah lemak lebih baik

Memang benar makanan rendah lemak lebih baik, tetapi perlu berhati-hati dengan jenis lemak di dalam makanan itu. Baca label info pemakanan di belakang pek. Hati-hati dengan lemak tepu dan lemak trans. Dua lemak ini sekiranya diambil berlebihan akan menyebabkan kolesterol tinggi dan lebih teruk akan menyebabkan masalah jantung dan strok.

Dalam satu hidangan lengkap wajib ada tiga makronutrien ini, karbohidrat, protein dan lemak. Jadi pengambilan lemak yang minimum adalah perlu. Purata lelaki yang kalori seharian 1800-2200 kcal dan wanita 1500-1800kcal, pengambilan lemak yang disarankan adalah 25 ke 30 peratus daripada total kalori seharian. Namun ia berbeza mengikut individu berdasarkan berat badan.

Makan banyak karbohidrat sebabkan gemuk

Karbohidrat adalah sumber utama tenaga. Pecahan karbohidrat yang kompleks akan menjadi glukos yang menjadi sumber utama untuk badan melakukan pergerakan.

Karbohidrat akan menyebabkan kegemukan sekiranya diambil melebihi kuantiti yang sepatutnya. Purata daripada kalori seharian lelaki (2200kcal), 50 peratus adalah daripada karbohidrat, bersamaan 275 gram (g) iaitu lebih kurang empat hidangan makan nasi/mee/kuay teow.

Melewatkan sarapan boleh turunkan berat badan

Melewatkan sarapan hanya akan mengundang penyakit iaitu gastrik malah sekiranya melewatkan sarapan, seseorang cenderung untuk mengambil kuantiti yang banyak semasa makan tengah hari melebihi kuantiti yang sepatutnya.

Tak perlu diet jika berat badan ideal

Fahamkan semula erti diet. Sekiranya berat badan sudah ideal, masih perlu mengawal kuantiti dan kualiti makanan untuk kekalkan berat badan dan untuk menjamin kesihatan badan dalam jangka masa panjang.

Kesilapan masyarakat adalah disebabkan berat badan sudah ideal, lalu individu itu tidak mengawal pemakanan kerana berat sudah cantik.

Perlu diingatkan, kebanyakan individu begini tahap kolesterolnya tinggi kerana difikirkan tidak perlu mengawal kuantiti dan kualiti makanan. Ini hanya terjadi sekiranya individu itu banyak makan makanan tinggi lemak.

Pemakanan tidak dapat lari dengan aktiviti fizikal seperti senaman. Diet ikut-ikutan (fad diet) seperti diet tanpa karbohidrat, tanpa lemak hanya boleh diamalkan dengan pemantauan pegawai kesihatan pakar pemakanan atau doktor dan mestilah diamalkan dengan bertujuan.

Contoh pengambilan ketogenik diet (diet tinggi lemak, rendah karbohidrat) untuk penurunan berat badan dengan tujuan kesihatan.

Nescaya itu, kawallah pemakanan dan diet dengan betul dan seimbang agar kesihatan dapat terus dijaga dan dipelihara. Anda bertanggungjawab terhadap badan anda dan tahap kesihatan anda. Jangan ambil ringan dan menganggap diet adalah satu perkara yang mudah dan senang tanpa melakukan sebarang kajian dan mendapatkan nasihat mereka yang lebih profesional terlebih dahulu.

Ingat! Jangan mudah percaya juga dengan sebarang fakta yang berada di internet tanpa kajian yang lebih teliti!