Tentu anda semua pernah dengar mengenai filem yang bertajuk ‘Joker’ dan pasti ramai yang sudah menonton filem tersebut.
Joker adalah berkisar pada tahun 1981 dan mengikuti Arthur Fleck, pelawak yang gagal yang didorong oleh kegilaan dan mengubah kehidupan kepada kejahatan dan melakukan kekacauan di Gotham City.
Filem ini telah diratekan R atau 17+ di mana kanak-kanak atau remaja tidak boleh menonton filem ini kerana risau akan adegan-adegan yang tidak senang. Namun, filem ini telah ditonton oleh pelbagai golongan usia tidak mengikut rating yang ditetapkan.
Filem ini sendiri mempunyai jalan cerita yang kelan, menyeramkan dan penuh dengan emosi yang telah divisualkan. Jika ianya hanya ditonton oleh orang dewasa, mungkin akan memberikan banyak pengajaran dan makna yang berbeza.
Tidak dinafikan, banyak sisi baik dari filem Joker ini seperti orang ramai lebih sedar dan mengerti tentang kepentingan kesihatan mental, dan betapa pentingnya untuk tidak mengambil mudah akan ajaran dan didikan kepada anak kita, serta tidak melakukan kekerasan.
Namun, tidak pula bagi anak-anak muda yang menonton. Kebanyakannya menyatakan bahawa mereka boleh relate atau mengaitkan kisah Joker dengan kehidupan mereka. Mereka didedahkan dengan isu masalah mental dan seterusnya mereka menjadi yakin bahawa mereka juga mempunyai masalah mental yang serius tanpa mendapat diagnosis dari doktor pakar atau yang bertauliah.
Di zaman moden ini, pelbagai ujian dan diagnosis yang boleh dilakukan secara atas talian di mana-mana laman web yang ada. Ujian-ujian ini seterusnya akan memberikan diagnosis dan jawapan kepada setiap soalan yang telah dijawab.
Ramai yang menyebarkan dan turut serta dalam menjawab soalan-soalan dari laman web ini. Mereka kemudiannya membuat postingan di laman media sosial dan menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah mental seperti anxiety,kemurungan, ADHD dan sebagainya hanya berdasarkan ujian di laman web ini.
Cara berikut amatlah salah dan tidak sepatutnya dijadikan contoh dan viral kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan buat anak muda yang lain. Paling tidak patut adalah apabila ramai yang mula mengambil ringan akan masalah mental ini kerana terlampau ramai yang “claim” bahawa mereka mempunyai masalah mental tanpa menjadi rujukan dan diagnosis dari doktor yang sebenar.
Ini memberikan impak yang buruk kepada pesakit-pesakit lain yang betul-betul mempunyai masalah mental kerana mereka berasakan bahawa apa yang dialami mereka ini dijadikan bahan hiburan untuk viral atau sekadar dijadikan trend tanpa orang benar-benar tahu akibat dari penyakit ini yang sebenarnya.
Tidak semua orang cuma mendapatkan impak negatif hanya dari menonton filem Joker ini. Impak negatif dari filem-filem lain juga dapat dihindari dengan beberapa cara seperti berikut:
- Memberi dampingan sewaktu anak anda sedang menonton filem atau televisyen
- Mengehadkan saluran di televisyen untuk saluran tertentu sahaja
- Meminimakan penggunaan internet atau penggunaan gadjet elektronik tanpa pengawasan anda
- Menjelaskan dan memberikan pengertian kepada anak tentang batasan menonton filem dengan adegan kekerasan yang tinggi
Sekiranya anda benar-benar merasakan anda mempunyai masalah yang serius, dapatkan lah khidmat nasihat dan rujukan daripada pakar yang bertauliah dan profesional. Jangan ambil ringan akan masalah mental kerana ia sebenarnya akan mempengaruhi kehidupan anda dan orang sekeliling anda.
JOM FOLLOW @percemedia untuk lebih banyak content menarik . .
#lawakhambar #viral #mudahterhibur #autongakak #videolawak #viralmalaysia #perce #hiburan #artismalaysia #selebriti #twitter #game #epicgames #freegames #gtav #covid #fungames