Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi medium tersebut.
Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni; sebagai contoh, adakah seseorang itu boleh menghasilkan seni, sekiranya ia tidak bertujuan sebagai hasil seni? Adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang? Adakah hasil seni dianggap seni hanya apabila ia sempurna?
Masyarakat masih kurang menyedari nilai atau makna ‘indah’ di sebalik karya seni, sekali gus menyebabkan mereka kurang menghargai produk seni tempatan. Penghargaan terhadap seni harus dipupuk dalam kalangan rakyat negara ini bagi memartabat dan menonjolkan hasil karya tempatan yang bernilai tinggi.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, agama, seni, budaya dan sebagainya. Negara kita juga dikenali sebagai sebuah negara yang multikultural (multi-culture) di mana sifat-sifat kemajmukannya dalam konteks kemasyarakatan yang luas juga.
Konsep kemajmukannya yang merujuk kepada pelbagai masyarakat campuran kumpulan manusia yang mengamalkan cara hidup yang berlainan, mereka turut membentuk suatu entiti berasaskan kaum sendiri dalam lingkungan komuniti yang luas.
Keadaan ini bukan sahaja menjadikan masayarakat itu menjadi kompleks sebaliknya melahirkan pelbagai aktiviti sosial dan membentuk kehidupan sosial yang dikongsi bersama berdasarkan prosedur mantap bagi memenuhi keperluan sosial mereka.
Majoriti masyarakat ketika ini masih kurang menyedari akan nilai atau makna ‘indah’ di sebalik karya seni, sekali gus menyebabkan mereka kurang menghargai produk berkenaan.
Kepelbagaian masyarakat dari segi ras, etnik dan identiti etnik ini mencetuskan perbezaan individu-individu dalam banyak aspek seperti agama, pekerjaan, bahasa, dan politik. Keadaan ini akan mencorak kepelbagaian budaya yang wujud dalam masyarakat heterogen di negara ini.
Dalam hal ini, ahli masyarakat akan terus berinteraksi dan berkongsi pola kebudayaan mereka namun tidak kurang pula yang bersifat ekstrem dan teguh berpegang kepada prinsip mempertahankan budaya masing-masing. Hal ini bukan menjadi masalah besar sekiranya semua golongan masyarakat heterogen ini memahami akan konsep multikultural ini sepenuhnya.
Tidak terkecuali di Malaysia, di mana rakyatnya berbilang kaum dan keturunan sudah pasti mempunyai kepelbagaian aspek seni dan kebudayaannya juga. Sifat multikultural (kepelbagaian budaya) dari sudut sejarah etnik yang meninjau asal-usul keturunan dan latar belakang sejarah setiap etnik dari segi cara hidup, sosio budaya, asal usul, agama dan kegiatan ekonomi turut mencorak aspek seni dan budaya. Perkara ini menjadi sebahagian daripada cara hidup dan pegang sejak zaman berzaman lagi dan diteruskan sehingga sekarang.
Bidang seni dan kebudayaan mempunyai tujuan tertentu. Sudah tentu kepentingan kedua-dua bidang ini memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya. Sejak berzaman lagi, bidang seni dan kebudayaan ini telah memainkan peranan yang amat penting kepada masyarakat Malaysia. Selain menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi, seni dan kebudayaan juga merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi yang amat penting dalam kalangan masyarakat kita.
Di antara fungsi-fungsi bidang seni dan kebudayaan ini adalah sebagai aktiviti riadah masyarakat. Masyarakat kita memang gemar beriadah khususnya apabila waktu kelapangan. Bagi masyarakat yang tinggal di kampung, masa senggang mereka diisi dengan aktiviti-aktiviti riadah seperti tarian, silat, muzik dan sebagainya.
Mereka mempelajari sesuatu tarian bukan sahaja untuk tujuan keriangan sebaliknya mengisi masa lapang selain menjalin hubungan sesame mereka. Keadaan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti mereka.
Dari sudut kesihatan, aktiviti seumpama ini dapat memberi satu bentuk senaman dan latihan anggota badan agar menjadi sihat dan cergas. Bagi golongan lelaki, aktiviti bersilat juga aktiviti riadah yang baik mengasah mental, emosi serta fizikal mereka agar sihat sejahtera.
Bagi aktiviti seni dan kebudayaan yang berkait rapat dengan agama, seluruh penduduk dan masyarakat kampung terbabit dalam aktiviti berkenaan. Dari sudut agama, hukumnya adalah wajib. Aktiviti-aktiviti seperti nasyid, marhaban dan hadrah merupakan aktiviti kesenian Islam yang berkait rapat dengan amalan keagamaan.
Melalui aktiviti kesenian sebegini, pemupukan amalan keagamaan dapat dilaksanakan secara berkesan serta memberi keinsafan sebagai seorang Islam. Hal ini dapat mendidik ahli masyarakat supaya akur dengan perintah agama dan mengerjakan perkara-perkara yang wajib dan sunat.
Hubungan masyarakat adalah amat penting. Proses sosialisasi yang membabitkan sebilangan besar masyarakat adalah perlu bagai memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan mereka. Integrasi sosial ialah proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing.
Keadaan ini merupakan harapan bagi kebanyakan masyarakat, khasnya bagi masyarakat berbilang kaum. Proses sosialisasi ini menggambarkan hubungan etnik sosial dalam masyarakat. Melalui aktiviti ini, perpaduan antara kaum serta sikap saling hormat menghormati dapat dibentuk sekaligus melahirkan masyarakat majmuk yang harmoni.
Dari segi pendidikan, bidang ini dapat memupuk bakat dan minat dalam jangka masa panjang supaya memiliki ciri insan yang memiliki seni dan budaya, mempunyai citarasa seni yang tinggi dan kreatif. Dalam konteks sebagai guru yang mengajar di sekolah, pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran yang pelbagai serta mengintegrasikan unsur-unsur lain seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif.
Peranan sebagai seorang guru seni yang kreatif dan inovatif amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus berkesan dan relevan. Hal ini dapat menjadikan murid-murid lebih berkreativiti bagi melahirkan insan pelajar yang celik dalam bidang seni dan kebudayaan.
Sebagai ahli dalam masyarakat, aspek komunikasi yang berkesan amat penting. Proses penyampaian komunikasi yang baik dan berkesan dapat mencerminkan perspektif sosialisasi yang baik. Bidang seni dan kebudayaan ini sebagai media mendidik dan mengkritik yang lazim digunakan pada zaman dahulu dan berkesan sebagai media komunikasi. Aspek seni seperti wayang kulit, wayang orang dan seni teater, syair dan seumpamanya mempunyai pesanan atau mesej dalam bentuk komunikasi lisan dengan tujuan mendidik masyarakat.
Oleh yang demikian, komunikasi adalah alat dan sumber kepada manusia untuk terus berhubung dengan orang lain. Tuan Yacob (1998), menyatakan komunikasi sebagai informatif, iaitu seseorang individu itu mengerti dan mengetahui, dan juga sebagai persuatif, iaitu agar seseorang individu itu bersedia menerima sesuatu perubahan atau keyakinan untuk melakukan sesuatu perbuatan atau kegiatan.
Seterusnya, aspek identiti. Identiti masyarakat merupakan medium seni dan kebudayaan dalam masyarakat Malaysia. Aktiviti seni dan kebudayaan telah membentuk suatu identiti bangsa Malaysia yang amat unik sekali. Identiti ini seterusnya menjadi pegangan dan amalan hidup seharian masyarakat di negara kita.
Keunikan identiti ini telah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai salah sebuah masyarakat di dunia yang mempunyai kepelbagaian amalan dan aktiviti seni dan kebudayaan. Justeru, hal ini merupakan simbol keagungan negara di mata dunia sebagai sebuah negara multikultural yang disanjung tinggi serta dihormati.
Perbezaan seni dan kebudayaan bukanlah merupakan halangan satu bentuk perhubungan dan komunikasi yang baik dan mantap sebaliknya menjadi sumber kekayaan kepada nilai seni dan budaya masyarakat kita di mata dunia. Sifat multikultural yang dimiliki oleh masyarakat di negara ini menjadi aset penting dalam memperkayakan khazanah seni dan budaya malah turut menjadi daya tarikan pelancong luar. Keadaan ini telah memberi impak positif ke atas ekonomi negara pada masa kini.
Justeru itu, hasil karya seni dan kebudayaan amatlah penting dan sangat menguntungkan buat seluruh rakyat Malaysia dan memberikan pencerahan yang dinamik buat pembangunan dan ilmu untuk ditimba oleh rakyat sejagat.
JOM FOLLOW @percemedia untuk lebih banyak content menarik . .
#lawakhambar #viral #mudahterhibur #autongakak #videolawak #viralmalaysia #perce #hiburan #artismalaysia #selebriti #twitter #game #epicgames #freegames #gtav #covid #fungames